Thursday, October 20, 2011

My Maggi Ketam

My Version of Maggi Ketam.....ketam tenggelam dalam sayur!!!
Maggi ketam ni dah jadi talk about dish di Kelantan. First heard about this dish masa balik kampung about 4 weeks ago. Then bila balik again about 1 week ago, nak cuba this dish but kedai yang dekat kampung tu tutup pulak sebab isteri tauke kedai bersalin. So Cik Ngah tak sempat cuba sebab kena balik KL while Hubby stayed about a week for his work and sempat pegi makan the one dekat Pasit Putih 'Cherang Ruku" with his friends. Kena call dulu booking takut habis!!Cik Ngah gigit jari!!! he he he.

Alemy Maggi Ketam.....
Al Kisahnya, maggi ketam ni adalah santapan nelayan bot besar di tangah laut. Mereka bawak ketam nipah utk dimakan dengan maggi. Dan kemudiannya the dish di commercialkan...
Anyway last weekend Cik Ngah cek-cek ada sebungkus maggi perisa ayam dalam stock kat rumah..hemm! Dengan penuh semangat Cik Ngah ke pasar beli ketam utk masak Maggi ketam..Hasilnya? Sedap...!! Untuk tidak rasa guilty kerana makan makanan tak sihat Cik Ngah letak sayur banyak2...Jom kita usha resepi Maggi Ketam versi Cik Ngah!!
My Maggi Ketam
Bahan-bahannya;
1 bungkus Maggi Mee berperisa Ayam
1-2 ekor ketam

3 biji tomato ceri - dibelah 2
Sayur sawi secukupnya
2 biji jagung muda
Sedikit daun kunyit

1/2 biji limau nipis diambil jusnya
1 sudu kecil bawang putih tumbuk/blended
1 sudu besar bawang merah tumbuk/blended
1/4 sudu kecil lada hitam tumbuk/crushed
1 btg serai dititik
3-5 biji cili padi (crushed or sliced)

Minyak utk menumis

Sedikit daun sup dan daun bawang dan bawang goreng.

Cara-caranya;
  1. Didihkan air dan masukkan maggi. Tutup api dan biarkan selama 2 minutes. Angkat dan toskan maggi. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan serai dan cili padi.Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya (ikut arahan di plastic maggi).
  3. Bila mendidh masukkan ketam, daun kunyit dan jagung muda. Biarkan sehinga ketam masak.
  4. Kemudian masukkan sawi dan tomato dikuti dengan perasa maggi dan jus limau nipis. Tmbah garam jika perlu.
  5. Maggi yang ditos masukkan dalam mangkuk dan curahkan sup ketam ke atas maggi. Taburkan dengan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Sedia utk dimakan.
Nick Cafe Maggi Ketam
Nick Cafe Jln Tok Hakim, KB
NOTA:
Cara makan maggi ketam ni ialah makan maggi meenya dulu yer..ketam kemudian. Ini utk mengelakan maggi mee dari kembang semangkuk!! 

5 comments:

  1. yg alemy maggi ketam tu halal ke ?

    bukan ka ketam nipah tu haiwan dua alam ....

    ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam Nipah Haiwan satu alam la.. Ia mati kalau tak ada air.. Ia adalah halal. Sila rujuk ke JAKIM.

      Delete
    2. Ketam Nipah Haiwan satu alam la.. Ia mati kalau tak ada air.. Ia adalah halal. Sila rujuk ke JAKIM.

      Delete
  2. terima kasih sbb share ilmu ni. saya test. sedap sgt.
    semoga anda di berkati Allah =)

    ReplyDelete
  3. Ketam yg mempunyai kaki yg nipis (leper) di blakang sekali, boleh d makan n halal utk umat islam. Info yg berguna utk semua.

    ReplyDelete