Monday, June 20, 2016

My Udang Masak Kam Heong

Fuhhh.... lamanya tak update blog ni...

Resepi terbaru Cin Ngah cuba masakan bernama Kam Heong. Asalnya nak buat Lala Masak Kam Heong, 3 kedai barang basah cari lala tak der. So buat guna udang.
My Udang Kam Heong

Seperti biasa Cik Ngah ada ubah resepi ikut suka Cik Ngah lah... he he he. Sumber asal dari hasil google..

Bahan-bahannya:

Udang Perap;
 300g Udang
 1/2 sudu kecil lada hitam/lada sulah
 1 sudu kecil Minyak Bijan
 I biji telur dipukul dengan sedikit garam
 Tepung Jagung

Tumis (semua bahan di mayang);
 6 tangkai cili padi
 2 tangkai cili merah  
 2 labu bawang besar  
 4 ulas bawang putih  

Sos;
 1 sudu makan rempah kari ikan
 1 sudu makan cili sos cili
 1 sudu makan sos tomato
 1 sudu makan kicap manis 
 1 sudu makan sos tiram

 5 helai daun kari
 1 sudu besar udang kering- di rendam, toskan dan cincang halus 
 5 btg jagung muda (optional) - hiris panjang
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak utk menggoreng

Cara-caranya; 

  1. Gaul udang dengan semua bahan perap.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang - ketepikan
  3. Campur semua bahan sos menjadi paste - ketepikan
  4. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau, dan masukkan daun kari dan udang kering
  5. Kacau sehingga daun kari sedikit layu.
  6. Masukkan sos dan jagung muda, gaul rata dan biarkan sehingga jagung muda masak
  7. Akhir sekali masukan udang dan gaul rata.
  8. Tambah garam dan gula jika perlu.

Tuesday, December 2, 2014

Winner Domestics Diva Awards 2014 - Tools of The Trade


Cik Ngah likes to document the Winners as a reference  for Cik Ngah when looking for new kitchen tools.This is also good for those who are moving into a new home or newly weds to equip kitchen and home with the niftiest tools and gadgets. The winners are all chosen by readers of The Malaysian Women's Weekly.

Brand like Panasonic and Electrolux are the most winners. Here are the winners;



KITCHEN TOOLS





HEALTHY HOME GADGETS






Thursday, March 27, 2014

My Rojak Petis Sauce

Rojak Buah with Homemade Rojak Sauce!!!
Never came across my mind to look for Rojak Petis recipe and try to make it. Selalunya beli jer, yg famous is Mak Bee brand. However, as my boss asked to have something DIY dish, as per previous migration weekend (weekend work),  where we had successfully DIY fruit tartlettes.... 

Pikir punya pikir, apalah recipe that can be make at office pantry without having to cook. Taaraa... Rojak Buah and Sengkuang Calit. So as agreed, Cik Ngah bawak kuah rojak, dan yang lain2 bawak pelam, timun, jambu dll... Semua mesti siap bersih dan potong... 

Alhamdulillah, all went well and Thumbs Up for the kuah rojak!!! Here is the recipe (caution : this recipe produce a lot!!);

Bahan-bahan :
1 botol kecil kicap lemak masin
500g gula melaka
100gm gula pasir
1 buku kecil belacan [bakar, dihancurkan]
1 botol sos cili
1 tin petis udang
1 tin blended cili kering (guna tin petis sebagai sukatan)

5-10 biji blended cili padi
250gm tepung ubi [dibancuh dgn air secukupnya]


Condiments;
Bijan Goreng
Kacang tanah goreng dan ditumbuk kasar (Cik Ngah beli kacang tanah 'Tong Garden' dan tumbuk)

Cara-cara :
  1. Blend cili kering + cili padi + belacan bakar
  2. Masukkan semua bahan dalam peiruk kecuali bancuhan tpg ubi.
  3. Masak atas api hingga licin, jika ada rasa kurang tambahlah apa yg perlu
  4. Masukkan sdkt demi sdkt paste tpg ubi, kacau tanpa henti supaya tak bergentel
  5. Masak hingga kuah sdkt pekat & licin
  6. Simpan dlm bekas bertutup
Cara Hidang;
  1. Basuh dan potong buah-buahan dan masukkan dlm mangkuk
  2. Masukkan kuah rojak, bijan dan kacang.
  3. Gaul rata dan sedia utk dimakan..