Monday, June 20, 2016

My Udang Masak Kam Heong

Fuhhh.... lamanya tak update blog ni...

Resepi terbaru Cin Ngah cuba masakan bernama Kam Heong. Asalnya nak buat Lala Masak Kam Heong, 3 kedai barang basah cari lala tak der. So buat guna udang.
My Udang Kam Heong

Seperti biasa Cik Ngah ada ubah resepi ikut suka Cik Ngah lah... he he he. Sumber asal dari hasil google..

Bahan-bahannya:

Udang Perap;
 300g Udang
 1/2 sudu kecil lada hitam/lada sulah
 1 sudu kecil Minyak Bijan
 I biji telur dipukul dengan sedikit garam
 Tepung Jagung

Tumis (semua bahan di mayang);
 6 tangkai cili padi
 2 tangkai cili merah  
 2 labu bawang besar  
 4 ulas bawang putih  

Sos;
 1 sudu makan rempah kari ikan
 1 sudu makan cili sos cili
 1 sudu makan sos tomato
 1 sudu makan kicap manis 
 1 sudu makan sos tiram

 5 helai daun kari
 1 sudu besar udang kering- di rendam, toskan dan cincang halus 
 5 btg jagung muda (optional) - hiris panjang
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak utk menggoreng

Cara-caranya; 

  1. Gaul udang dengan semua bahan perap.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang - ketepikan
  3. Campur semua bahan sos menjadi paste - ketepikan
  4. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau, dan masukkan daun kari dan udang kering
  5. Kacau sehingga daun kari sedikit layu.
  6. Masukkan sos dan jagung muda, gaul rata dan biarkan sehingga jagung muda masak
  7. Akhir sekali masukan udang dan gaul rata.
  8. Tambah garam dan gula jika perlu.

No comments:

Post a Comment