Showing posts with label My Favourite Seafood. Show all posts
Showing posts with label My Favourite Seafood. Show all posts

Monday, June 20, 2016

My Udang Masak Kam Heong

Fuhhh.... lamanya tak update blog ni...

Resepi terbaru Cin Ngah cuba masakan bernama Kam Heong. Asalnya nak buat Lala Masak Kam Heong, 3 kedai barang basah cari lala tak der. So buat guna udang.
My Udang Kam Heong

Seperti biasa Cik Ngah ada ubah resepi ikut suka Cik Ngah lah... he he he. Sumber asal dari hasil google..

Bahan-bahannya:

Udang Perap;
 300g Udang
 1/2 sudu kecil lada hitam/lada sulah
 1 sudu kecil Minyak Bijan
 I biji telur dipukul dengan sedikit garam
 Tepung Jagung

Tumis (semua bahan di mayang);
 6 tangkai cili padi
 2 tangkai cili merah  
 2 labu bawang besar  
 4 ulas bawang putih  

Sos;
 1 sudu makan rempah kari ikan
 1 sudu makan cili sos cili
 1 sudu makan sos tomato
 1 sudu makan kicap manis 
 1 sudu makan sos tiram

 5 helai daun kari
 1 sudu besar udang kering- di rendam, toskan dan cincang halus 
 5 btg jagung muda (optional) - hiris panjang
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak utk menggoreng

Cara-caranya; 
  1. Gaul udang dengan semua bahan perap.
  2. Panaskan sedikit minyak dan goreng udang - ketepikan
  3. Campur semua bahan sos menjadi paste - ketepikan
  4. Tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau, dan masukkan daun kari dan udang kering
  5. Kacau sehingga daun kari sedikit layu.
  6. Masukkan sos dan jagung muda, gaul rata dan biarkan sehingga jagung muda masak
  7. Akhir sekali masukan udang dan gaul rata.
  8. Tambah garam dan gula jika perlu.

Friday, November 4, 2011

My Assam Pedas Ikan Tenggiri

Sebenarnya dah lama Cik Ngah nak letak resepi asam pedas Cik Ngah cuba ni. Bulan puasa hari tu (hemm dah nak raya haji pun!!), Cik Ngah ajak adik beradik berbuka puasa. Salah satu menu Hubby mintak, asam pedas! Selalu Cik Ngah guna rempah frozen Maharani Asam Pedas. Kali ni tak der dalam stock. Cik Ngah google jer dan ikut resepi yang bahannya ada kat rumah!!

Alhamdulillah jadilah mengikut selera kami semua...

Bahan2nya :

2 kepala ikan tenggiri, belah 2 so jadi 4 keping

Bahan kisar;
5 biji bawang merah (atau 1 biji bwg besar)

2 biji bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 cwn cili kering kisar
1-2 camca teh serbuk belacan Maggi
1 sudu besar lada hitam
1 tangkai daun kesum - daun sahaja

2 - 3 tangkai daun kesum
5-7 btg Kacang Bendi - yg kecik 2 tu
5-7 biji tomato ceri - belah 2
Air asam jawa (1 sudu makan asam jawa + 1 cwn air)
2 cwn air
1 kiub ikan bilis tanpa MSG
Garam + Gula melaka secukup rasa
Minyak utk menumis

Caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masak. Penting utk bahan tumis menjadi garing supaya asam pedas lagi sedap!
  2. Bila dah garing masukkan air asam jawa, daun kesum, kiub ikan bilis dan gula melaka. Air boleh tambah ikut kepekatan yg diingini!
  3. Masak kuah hingga mendidih dan masukkan ikan dan masak sehingga ikan masak
  4. Masukkan bendi, tomato dan garam secukup rasa.

Thursday, October 6, 2011

My Fish Balls and Potato Soup

Fish balls and Potato Soup...
Hubby loves soup, any clear soup! Yesterday he requested for fried rice and soup for dinner. Cik Ngah only have fish balls and mackerel in the freezer. So we had fried rice and fish balls soup for dinner...
Ingredients;
5 fish balls halved
1 potato skinned and cubed
1/2 carrot skinned and cubed
1 tomato sliced into 6 or 8
1 stalk celery chopped
3 young corns sliced
3 bird eye chillies crushed
Chinese celery, spring onion and fried shallots for garnish..

Hubby savouring the soup.....
1 tspn minced garlic
1 tblspn minced shallots
1/2 tspn crushed black pepper
1/4 tspn ground white pepper
1 tspn ground soup spices - I used Adabi.
2 tblspn vegetable oil
1 litre chicken broth or plain water
1 tspn of your favourite seasoning - optional
Salt and Sugar to taste

Preparation;
  1. Heat oil in a pot and saute garlic, shallots and peppers until brownish.
  2. Add soup spices and stir until combined and immediately pour the chicken broth or water.
  3. Add fish balls and cubed potatoes, simmer until boiling.
  4. When the potatoes are soft, add all vegetables to the soup including chillies, simmer for a while.
  5. Finally add seasoning, salt and sugar to taste.

Sunday, April 24, 2011

My Homemade Fish Balls

Recipe form Wanita magazine 1994!!!
It was quite a long time ago that Cik Ngah want to make fish balls, as they are hard to find a Muslim made fish balls in the market. Use to buy the IBU brand, but they are difficult to find these days.

Cik Ngah remember that Cik Ngah do keep the recipe from magazine cut out. So Cik Ngah open my previous compiled recipes -  using file with dividers! Under divider seafood, Cik Ngah found the recipe.

From old fashion compiling Cik Ngah had transferred the recipe to soft copy using Words. Then Cik Ngah was introduced to this new way of keeping the recipe on line - blogging! Then this blog came to life!!! So this blog is actually the 3rd generation compiled recipes from Cik Ngah!

Cik Ngah did Google for the recipe on the Internet and mixing with the recipe in the file, Cik Ngah came up with this recipe and did my very first homemade fish balls..And they turn out good! So here is the recipe;

Ingredients;

500gm Spanish Mackerel (Tenggiri) fillet
1/2 teaspoon ground white pepper
1/4 teaspoon ground black pepper
The balls in the ice , the fish dough....
1 1/4 teaspoons rock salt/sea salt
1/2 teaspoons caster sugar
3 tablespoons corn flour
3 teaspoons tapioca flour
1/4 teaspoon bicarbonate soda
(All measurements are to be leveled)
60 ml cold water
Ice cubes

Methods;
  1. Dry blend the mackerel fillet and transfer to a mixing bowl.
  2. For the fillet, you can buy frozen mackerel cuts, remove the bone as well as the skin.
  3. In a blender put all the rest of the ingredients except ice cubes and blend well. Or mixed them in a bowl whisk until well combined and salt and sugar is dissolved.
  4. Pour the mixture to the fillet and mixed well until it form a dough.
  5. The balls floating in the boiling water...
  6. In a bowl pour 1 cup of water and a little salt, mixed well and add ice cubes.
  7. Form the dough into a ball and make sure your hands are wet for smoother surface fish balls.
  8. Put the balls in the bowl of ice. Repeat making fish balls with the rest of the dough. You might has to wash your hands a few times when forming the balls get a little difficult due to its stickiness.
  9. Let the balls remain in the ice for 1 - 2 hours for the balls to be a bit more harden.(Optional)
  10. Boiled the fish balls and they are ready when they float.
  11. You can also then fry the balls to make them last longer.

TIPS;
  1. With this basic fish balls recipe, you can try flavouring them with spring onion, celery, curry etc..
  2. For easier mincing or blending the fillet, remove the skin.

Sunday, March 6, 2011

My Rendang Kerang Adabi

Rendang kerangku........
Cik Ngah tersuka rendang kerang ni bila ada officemate Cik Ngah bawak rendang kerang masa Pot Luck office tahun lepas. Cik Ngah pun google resepi rendang kerang dan try buat.

First time tak jadi, sebab terlebih asam! Second time baru mencapai tahap yg Cik Ngah suka. Ni kira 3rd time Cik Ngah buat sebab rempah kerang adabi ada lagi, lebihan buat dulu tu.

Googled resepi sebagai basic dan Cik Ngah modify ganti rempah kari ngan rempah rendang dan tambah lada hitam dan lada sulah... mengancam..cubalah...

Bahan-bahannya;     
1-1 1/2kg isi kerang
1 biji bwg besar merah
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 btg serai
15-20 tangkai cili padi
2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk lada hitam + lada sulah
* kisar bahan-bahan diatas*

1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 1/2 cawam pati santan
1 kiub ikan bilis tanpa msg
Gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-caranya;

  1. Tumis bahan-bahan yg dikisar hingga naik bau..
  2. Masukkan santan, kiub ikan bilis, gula melakad, daun kunyit dan daun limau purut
  3. Masak hingga mendidih dan renih hingga pecah minyak - biar kering sedikit
  4. Masukkan kerang, kerisik dan garam secukup rasa.
  5. Terus masak sehingga mencapai kepekatan rendang yg disukai.

Thursday, February 17, 2011

My Ikan Bawal Masak Kicap

Ikan Bawal Emas Masak Kicap
(Comot sikit nak cepat, hubby dah tunggu nak makan!)
Bahan-bahannya:

1 ekor ikan bawal sederhana besar 
(Cik Ngah guna ikan bawal emas)

Perapan
Garam ditumbuk bersama kunyit, halia dan 1 ulas bawang putih

Kuah Kicap
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk rempah kurma
1 sudu besar cili giling
5 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 kuntum cauli flower
1 biji tomato

Minyak masak secukupnya

Cara-caranya;

  1. Ikan dilumur dengan perapan dan ketepikan.
  2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk
  3. Rempah kurma dan cili giling dijadikan pes dengan menambah 2 sudu besar air.
  4. Bawang besar dihiris nipis, cili dipotong serong
  5. Cauli flower di hiris nipis dan tomato di belah 4 - 6.
  6. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan
  7. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumis bawang tumbuk hingga wangi.
  8. Masukkan pes kurma+cili dan tumis hingga pecah minyak.
  9. Masukkan 1/4 cawan air dan campurkan kicap.
  10. Masukkan semua bahan yg dihiris. Didihkan dan kacau rata.
  11. Tambah garam jika perlu dan masukkan tomato. Gaul rata dan angkat.
  12. Curah kuah kicap atas ikan dan sedia utk dihidang.
NOTE:
Cik Ngah google resepi ikan bawal masak kicap utk cari resepi masak kicap yg berlainan sikit, jumpa resepi ni yg ada rempah kurma di sini : Periuk Tanah. Kebetulan pulak rempah kurma ada dlm stock. So Cik Ngah cubalah, tapi ubah sikit dengan cara Cik Ngah. Hubby suka ikan digoreng garing, so ikan digoreng garing...

Hubby said, 'Sedap ikan ni, tapi tak tahulah sebab ikan bawal emas tu yg sedap atau Mimie yang pandai masak!!!'.. Gerrrr... satu cubitan hinggap ke lengannya!!!!

So memang tested goodlah this recipe...cubalah...

Friday, February 4, 2011

My Ikan Bawal Emas Kukus


Bahan-bahannya;

Perap ikan dengan garam,
lada sulah dan jus limau nipis
1 ekor ikan bawal emas (boleh guna ikan lain)
1 biji tomato - yg kecil dibelah lapan
2 inci halia muda *
1 biji cili merah *
* dimayang halus mcm batang mancis

3 biji cili padi (optional) **
1/2 labu bawang putih jeruk **
2-3 keping Jeruk Kulit limau **
1 batang serai **
1 labu bawang besar - yg kecil jer**

Bahan-bahanya....
2 biji jagung muda **
1 kuntum cauli flower **
Daun bawang dan daun sup **

** dihiris halus

2 sudu besar jus lima nipis
1 sudu besar minyak zaitun
Lada sulah dan garam secukup rasa

 Cara-caranya;
  1. Perap ikan dengan lada sulah, garam dan 1 sudu besar jus lima nipis. Ketepikan
  2. Sedaikan bahan-bahan - dimayang, hiris dan sebagainya.
  3. Sumbatkan bahan-bahan kedalam ikan secukupnya (kecuali cauli flower, jagung dan tomato). Ketepikan sikit daun sup dan daun bawang.
  4. Yang selebihnya tabur keliling ikan dan tabur sedikit garam, 1 sudu besar jus limau nipis dan 1 sudu besar minyak zaitun..Ketepikan
    Tabur sayur dan lebihan bahan
    dikeliling ikan
  5. Sediakan pengukus. Bila air dah menggelegak, kukus ikan dengan api sederhana selama 15 minit.
  6. Selepas 15 minit, buka tutup pengukus dan letak hirisan tomato dan lebihan daun sup dan daun bawang. Tambah air jika mahukan lebih berkuah.
  7. Tutup dan kukus lagi selama 5 minit.

Sumbat bahan2 dalam ikan secukupnya...





Letak hirisan tomato dan lebihan daun bawang dan daun sup...

Thursday, December 23, 2010

My Ikan Tenggiri Goreng Minyak Cili Padi

Bahan-bahannya;

Ikan Tenggiri Goreng Minyak Cili Padi.....
2 keping ikan tenggiri diperap ngan garam dan kunyit.
1 batang serai
10 biji cili padi
(I used the big one- kurang pedas)
Sedikit kunyit hidup.
1 sudu teh gula
1/2 kiub ikan bilis
(or 1 sudu teh serbuk stok ikan bilis)
3 sudu besar minyak zaitun - use mild type yg sesuai utk menumis.
Minyak utk goreng ikan.

Cara-caranya;
  1. Ikan tenggiri yang dah diperap, digoreng hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Cili padi, kunyit dan serai yg dah ditumbuk...
  3. Cili padi, kunyit hidup dan serai ditumbuk.
  4. Tumis bahan yg ditumbuk dengan menggunakan minyak zaitun.
  5. Bila dah agak garing, masukkan gula dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan matikan api. Cili cepat hangus bila gula dah dimasukkan.
  6. Curah cili tumis dengan minyaknya sekali ke atas ikan tenggiri goreng.
  7. Sedia untuk dimakan.

Tumis bahan tumbuk dengan minyak zaitun....

Cili garing setelah dimasukkan gula....

Monday, November 29, 2010

My Pekasam Ikan

Ikan digaul ngan Garam
Bahan-bahan:
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya,
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara-caranya:
  1. Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan 1/2 garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
  2. Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
  3. Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
  4. Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
  5. Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
  6. Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.
  7. Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.
  8. Beras digoreng tanpa minyak
  9. *Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
NOTE:
I did the Pekasam with ikan kembung yg kecik2. A lot of pekasam in the market uses ikan air tawar and Cik Ngah kurang gemar sikit. So goggle the recipe, and Cik ngah tak ingat jumpa kat mana! Copy the recipe then try dulu! Semalam, Cik Nun cuba try test goreng..semua kata ok so here is the recipe!!!!

I like the way one of the blogger cook ikan pekasam ni, try this :

Ikan Pekasam Goreng Petai - Rima's Way

Update: 04/12/00

I did one more batch of ikan pekasam using ikan gelama. I think for pekasam, ikan gelama is good! Much-much better....

Ikan Gelama - Perap ngan garam dulu..I used garam bukit.


Pekasam siap utk perapan dgn beras goreng....


Tuesday, July 6, 2010

My Udang Butter

Bahan-bahan:

1 kg udang putih sederhana besar
125g butter – suhu bilik
2 biji telur
1 cawan susu segar or Evaporated Milk
1 tangkai daun kari
10 biji cili api yang besar (kurang pedas) – dimayang nipis
1 sudu besar kunyit serbuk
Minyak sayuran utk menggoreng udang
Gula & garam secukupnya

Cara-caranya:
  1. Udang potong janggut sikit, dan belah belakang.Perap dengan 2 susu besar butter, serbuk kunyit dan garam.
  2. Telur dipukul dan masukkan 2 sudu besar susu dan garam secukupnya.
  3. Panaskan minyak secukupnya utk deep fry udang.
  4. Bila minyak cukup panas, gunakan sarang roti jala, masukkan ¼ dari telur tadi dalam sarang roti jala dan jalakan dlm minyak panas tu. Goreng sampai garing dan angkat. Buat seterusnya sampai telur habis.
  5. Dalam minyak yg sama, masukkan semua udang dan deep fry sampai garing, angkat dan ketepikan.
  6. Panaskan butter sampai cair, tumis daun kari dan cili yg telah dihiris.
  7. Masukkan susu, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan udang, then telur yg digoreng tadi dan gaul rata.

Tuesday, February 16, 2010

My Stim Ikan Kerapu ala Abah Mimie

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu sederhana besar – bersihkan dan kelar

Bahan A:
1 sudu teh serbuk lada berperisa (lada sulah/white pepper)
(Aji-Shio Flavoured Pepper– boleh beli kat Giant,Jusco,Tesco etc..)
(boleh juga guna serbuk lada putih biasa)
3 sudu teh marjerin
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu teh jus limau nipis

Bahan B:
1 inci halia muda
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 helai daun bawang

Bahan C:
1 biji tomato dipotong nipis.
1 sudu besar daun sup dan daun bawang yang dihiris
1 sudu besar bawang goreng

Cara-caranya:

  1. Sediakan kukusan/steamer
  2. Campurkan semua bahan A dan lumurkan pada seluruh ikan.Letakkan dalam pinggan bujur yang lekuk.Ketepikan.
  3. Bahan B dimayang halus- dipotong halus panjang-panjang mcm batang mancis anggaran 1 inci.
  4. Sumbatkan bahan B kedalam ikan, dan selebihnya tabur sekeliling dan atas ikan yg didlm pinggan bujur.
  5. Kukus ikan dan biarkan selama 15 minit.
  6. Bukak kukusan, atur hirisan tomato dikeliling ikan dan tabur bahan C. Jika mahu lebih sup, tambah air panas secukupnya dalam ikan.Kukus semula selama 1 - 2 minit.
  7. Angkat dan hidang panas-panas