Sebenarnya dah lama Cik Ngah nak letak resepi asam pedas Cik Ngah cuba ni. Bulan puasa hari tu (hemm dah nak raya haji pun!!), Cik Ngah ajak adik beradik berbuka puasa. Salah satu menu Hubby mintak, asam pedas! Selalu Cik Ngah guna rempah frozen Maharani Asam Pedas. Kali ni tak der dalam stock. Cik Ngah google jer dan ikut resepi yang bahannya ada kat rumah!!
Alhamdulillah jadilah mengikut selera kami semua...
Bahan2nya :
2 kepala ikan tenggiri, belah 2 so jadi 4 keping
Bahan kisar;
5 biji bawang merah (atau 1 biji bwg besar)
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 cwn cili kering kisar
1-2 camca teh serbuk belacan Maggi
1 sudu besar lada hitam
1 tangkai daun kesum - daun sahaja
2 - 3 tangkai daun kesum
5-7 btg Kacang Bendi - yg kecik 2 tu
5-7 biji tomato ceri - belah 2
Air asam jawa (1 sudu makan asam jawa + 1 cwn air)
2 cwn air
1 kiub ikan bilis tanpa MSG
Garam + Gula melaka secukup rasaMinyak utk menumis
Caranya :
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masak. Penting utk bahan tumis menjadi garing supaya asam pedas lagi sedap!
- Bila dah garing masukkan air asam jawa, daun kesum, kiub ikan bilis dan gula melaka. Air boleh tambah ikut kepekatan yg diingini!
- Masak kuah hingga mendidih dan masukkan ikan dan masak sehingga ikan masak
- Masukkan bendi, tomato dan garam secukup rasa.
No comments:
Post a Comment