Sunday, March 6, 2011

My Rendang Kerang Adabi

Rendang kerangku........
Cik Ngah tersuka rendang kerang ni bila ada officemate Cik Ngah bawak rendang kerang masa Pot Luck office tahun lepas. Cik Ngah pun google resepi rendang kerang dan try buat.

First time tak jadi, sebab terlebih asam! Second time baru mencapai tahap yg Cik Ngah suka. Ni kira 3rd time Cik Ngah buat sebab rempah kerang adabi ada lagi, lebihan buat dulu tu.

Googled resepi sebagai basic dan Cik Ngah modify ganti rempah kari ngan rempah rendang dan tambah lada hitam dan lada sulah... mengancam..cubalah...

Bahan-bahannya;     
1-1 1/2kg isi kerang
1 biji bwg besar merah
5 ulas bwg putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 btg serai
15-20 tangkai cili padi
2 sudu besar rempah rendang adabi
1 sudu kecil serbuk lada hitam + lada sulah
* kisar bahan-bahan diatas*

1 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 1/2 cawam pati santan
1 kiub ikan bilis tanpa msg
Gula melaka secukup rasa
Garam secukup rasa
daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-caranya;

  1. Tumis bahan-bahan yg dikisar hingga naik bau..
  2. Masukkan santan, kiub ikan bilis, gula melakad, daun kunyit dan daun limau purut
  3. Masak hingga mendidih dan renih hingga pecah minyak - biar kering sedikit
  4. Masukkan kerang, kerisik dan garam secukup rasa.
  5. Terus masak sehingga mencapai kepekatan rendang yg disukai.

No comments:

Post a Comment