Bahan-bahannya;
Perap ikan dengan garam, lada sulah dan jus limau nipis |
1 biji tomato - yg kecil dibelah lapan
2 inci halia muda *
1 biji cili merah *
* dimayang halus mcm batang mancis
3 biji cili padi (optional) **
1/2 labu bawang putih jeruk **
1 labu bawang besar - yg kecil jer**
Bahan-bahanya.... |
1 kuntum cauli flower **
Daun bawang dan daun sup **
** dihiris halus
2 sudu besar jus lima nipis
1 sudu besar minyak zaitun
Lada sulah dan garam secukup rasa
Cara-caranya;
- Perap ikan dengan lada sulah, garam dan 1 sudu besar jus lima nipis. Ketepikan
- Sedaikan bahan-bahan - dimayang, hiris dan sebagainya.
- Sumbatkan bahan-bahan kedalam ikan secukupnya (kecuali cauli flower, jagung dan tomato). Ketepikan sikit daun sup dan daun bawang.
- Sediakan pengukus. Bila air dah menggelegak, kukus ikan dengan api sederhana selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, buka tutup pengukus dan letak hirisan tomato dan lebihan daun sup dan daun bawang. Tambah air jika mahukan lebih berkuah.
- Tutup dan kukus lagi selama 5 minit.
Sumbat bahan2 dalam ikan secukupnya... |
Letak hirisan tomato dan lebihan daun bawang dan daun sup... |
No comments:
Post a Comment