Thursday, December 23, 2010

My Ikan Tenggiri Goreng Minyak Cili Padi

Bahan-bahannya;

Ikan Tenggiri Goreng Minyak Cili Padi.....
2 keping ikan tenggiri diperap ngan garam dan kunyit.
1 batang serai
10 biji cili padi
(I used the big one- kurang pedas)
Sedikit kunyit hidup.
1 sudu teh gula
1/2 kiub ikan bilis
(or 1 sudu teh serbuk stok ikan bilis)
3 sudu besar minyak zaitun - use mild type yg sesuai utk menumis.
Minyak utk goreng ikan.

Cara-caranya;
  1. Ikan tenggiri yang dah diperap, digoreng hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Cili padi, kunyit dan serai yg dah ditumbuk...
  3. Cili padi, kunyit hidup dan serai ditumbuk.
  4. Tumis bahan yg ditumbuk dengan menggunakan minyak zaitun.
  5. Bila dah agak garing, masukkan gula dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan matikan api. Cili cepat hangus bila gula dah dimasukkan.
  6. Curah cili tumis dengan minyaknya sekali ke atas ikan tenggiri goreng.
  7. Sedia untuk dimakan.

Tumis bahan tumbuk dengan minyak zaitun....

Cili garing setelah dimasukkan gula....

Thursday, December 9, 2010

My Sambal Goreng Hijau

Bahan-bahannya;
 
Sambal Goreng Hijau - sedap makan ngan celur pucuk ubi
5 - 7 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
1 labu bawang besar - sederhana besar
1/2 cawan ikan bilis yg sudah dikopek
1 sudu teh serbuk belacan maggi
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar perahan limau nipis
3 susu besar minyak zaitun utk menggoreng

Cara-caranya;
  1. Cili padi, cili hijau, bawang yg telah dibuang kulit di basuh dan toskan.
  2. Ikan bilis di basuh dan toskan
  3. Cili padi dibuang tangkai, cili hijau dipotong 2 atau 3 dan bawang besar dimayang.
  4. Panaskan minyak dan goreng cili padi, cili hijau, hirisan bawang dan ikan bilis sehingga cili dan bawang layu.
  5. Angkat dan tumbuk semua bahan yg digoreng - ikan bilis tidak perlu lumat.
  6. Masukkan gula, garam, dan belacan semasa proses menumbuk
  7. Akhir sekali masukkan perahan limau nipis dan lebihan minyak menggoreng tadi dan gaul rata
NOTE:

I always like this sambal when eating at Restoran Padang or Selero Negeri. It is usually serve with celur pucuk ubi. Also great with ayam kampung goreng. Always wonder how this sambal is made and one day my sister OneHasrina made this sambal and said that this is new recipe from her sister in law.

Oh yes, this is the sambal like the one from the Selero Negeri! So now I know how to made sambal ijo!!!!

Friday, December 3, 2010

My Mee Hoon Goreng Tom Yam

Taugeh, kucai, udang, sotong dan
hirisan tauhu goreng
Bahan-bahan:

1 paket Mee Hoon - I used Jasmin
1 cawan taugeh
1 cawan kucai yg dipotong - 1 inci
100gm udang
100gm sotong
2 keping tahu
2 helai daul limau purut - optional

Bahan Tumis;
Bawang merah+bawang putih tumbuk,
kiub tom yam knorr dan cili giling
5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
3 kiub tomyam knorr
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Rendam Mee Hoon dan gunting utk mudahkan goreng
  2. Gaul tauhu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  3. Udang dan sotong siang dan toskan.
  4. Goreng tahu dan hiris nipis bila sudah sejuk
  5. Tumbuk bawang merah dan bawang merah. Atau blend semua bahan tumis.
  6. Tumis semua campuran bahan tumis.
  7. Bila dah naik bau, masukkan sotong ,udang, segelas air dan daun limau purut
  8. Bila seafood dan masak masukkan gula, garam dan sos tiram - kacau.
Secukup rasa utk masukkan mee........
  1. Masukkan mee hoon yg telah diremdam dan digunting.Semasa menggaul, mudah jika menggunakan dua sudip!
  2. Bila sudah rata dan mee hoon dah lembut, masukkan tauhu, taugeh dan kucai.Gaul rata dan jangan terlalu lama.Bila rata tutup api atau angkat dan sedia utk dihidang!!

Sedia untuk dimakan..in this case untuk dibawa ker office..Jamuan Akhir tahun...

My Cucur Udang Pasang Siap

Cucur bawang Adabi..
Bahan-Bahan:
2 packet Cucur Bawang Adabi
1 cawan kecil isi udang
3 biji cili merah/hjiau/cili kering dimayang halus
(jika guna cili kering - gunting dan rendam air panas dulu)
1/2 cawan Daun Sup dan Daun Bawang di mayang halus
1 cawan taugeh
500ml air - 2 gelas


Left isi udang....right taugeh+daun bawang+daun sup+cili hijau

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan basah dalam mangkuk.Gaul rata.
  2. Masukkan tepung Cucur Bawang, air dan gaul rata.
  3. Goreng cucur, besar-besar jika nak cepat, nak makan kena hiris ler baru sedap.
  4. Goreng kecil-kecil macam cekodok jika ada masa.
Adunan Cucur Udang Pasang Siap dan siap!!!!
Digoreng besar2, nak cepat!!!


Cucur dan siap dihiris...Sedia untuk dimakan dengan sos cili! yang dimodified!!!
NOTE :
Utk sos, campur sos cili thai dan sos tomato dan cili giling, campur air dan didihkan, tambah garam, gula dan cuka secukup rasa.

Monday, November 29, 2010

My Pekasam Ikan

Ikan digaul ngan Garam
Bahan-bahan:
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya,
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara-caranya:
  1. Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan 1/2 garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
  2. Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
  3. Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
  4. Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
  5. Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
  6. Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.
  7. Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.
  8. Beras digoreng tanpa minyak
  9. *Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
NOTE:
I did the Pekasam with ikan kembung yg kecik2. A lot of pekasam in the market uses ikan air tawar and Cik Ngah kurang gemar sikit. So goggle the recipe, and Cik ngah tak ingat jumpa kat mana! Copy the recipe then try dulu! Semalam, Cik Nun cuba try test goreng..semua kata ok so here is the recipe!!!!

I like the way one of the blogger cook ikan pekasam ni, try this :

Ikan Pekasam Goreng Petai - Rima's Way

Update: 04/12/00

I did one more batch of ikan pekasam using ikan gelama. I think for pekasam, ikan gelama is good! Much-much better....

Ikan Gelama - Perap ngan garam dulu..I used garam bukit.


Pekasam siap utk perapan dgn beras goreng....


Monday, October 11, 2010

My Strawbery Chips Almond Chocolate Cookies

Ingredients:

 Ingredient A
1 ¼ cups self raising flour
½ cups cocoa powder
½ teaspoon baking powder
½ teaspoon soda

Ingredient B
1 cup NESTUM
1 ½ cup strawberry chocolate chips
1 cup sliced almonds
150g butter/marjerin
100g brown sugar
1 egg
1 teaspoon vanilla essence

Method:

  1. Sift ingredients A together, then stir in ingredient B, mix well, set aside.
  2. Cream butter and sugar until light and fluffy. Add egg and vanilla essence, mix well.
  3. Fold in flour mixture, mix well.
  4. Scoop a teaspoonful of mixture onto lightly greased oven trays.Allow room for the dough to spread.
  5. Bake in pre-heated oven at 170 C for 15-minutes or until golden brown.
NOTE:
 
  1. This recipe is my own concoction, mix and match from the NESTUM cookies recipes in Malaysian Women Weekly.
  2. Gambar tak cantik, al-maklum cuma guna my Nokia E71...tengah cari camera. Mine dah rosak about 1 year dah, belum cari ganti!!!

My Pecan Treasure Log Cookies

Bahan-bahan:
Bahan A

2 cawan tepung gandum
¼ camca teh serbuk penaik
1 cawan NESTUM
1 cawan cincangan buah campuran

Bahan B
100g butter/marjerin
50g cawan gula perang halus
1 biji telur saiz A
1 camca the esen vanila

Bahan C
1 biji telur dipukul sebati
Coklat urai
Kacang Pecan (whole)

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven ke suhu 180C.
  2. Ayak tepung dan serbuk penaik. Campur dan gaul rata bahan A ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain krimkan butter/marjerin dengan gula sehingga ringan dan fluffy.
  4. Masukkan bahan A dan kaup dan balikkan sehingga rata.
  5. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama. Canaikan
  6. dan atur pecan kemudian gulung doh ke bentuk silinder. Sapu telur kepada silinder doh dan gelekkan dengan coklat urai sehingga rata.
  7. Bungkus doh dalam kertas kalis minyak dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.Ulang dengan baki doh tadi.
  8. Keluarkan doh silinder dan potong setebal 2 cm dan letak di atas tin pembakar yg telah di lenser.
  9. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga golden brown
The log after freezing....
Using sharp knife chop the log........





 
NOTE :
 
  1. Another one of my mix and match recipe. I named it Pecan treasure log since the pecan nut is hidden in the log – silinder.
  2. The pecan can be seen at the heart of the cookies surrounded with gems – the mixed fruits!! When the log is sliced…

My Laksa Johor

Laksa Johor....ignore tha hand!!!....
Bahan-bahan Laksa:

2 bungkus spagheti (500g) direbus dgn sedikit garam tos dan gaulkan dengan minyak zaiton

Bahan-bahan Kuah:
Bahan A
3 biji bawang besar merah sederhana besar
1 inci Lengkuas
2 batang serai
Belacan
10 biji cili kering
5 biji cili merah
½ inci kunyit
1 packet serbuk kari ikan kering - I used Adabi

Bahan B
250gm isi udang
5 keping Ikan kurau/tenggiri asin
2 sudu besar udang kering
500g isi ikan parang/tenggiri rebus
1 kiub ikan bilis tanpa MSG

Daun kesom – agak2 ler
2 keping asam keping utk kuah
500g santan
1 packet instant paste Laksa Johor- any brand
100g kerisik
Garam & Gula
7 keping asam keping utk rebus ikan

Cara-caranya buat kuah:
  1. Rebus ikan tenggiri dgn 7 keping asam keping dan sedikit gula melaka dan garam hingga masak. Sejukkan dan buang tulang.
  2. Bahan A di blend dengan 1/2 litre air hingga halus dan masukkan dalam periuk.
  3. Blend bahan B pula dengan 1/2 litre air , dan masukkan jugak dalam periuk dan pasang api.
  4. Kacau then masukkan asam keping.
  5. Terus kacau hingga mendidih dan masukkan daun kesum dan kerisik, kacau hingga sebati.
  6. Masukkan santan dan kacau lagi.
  7. Bila mendidih lagi sekali, masukkan instant paste Laksa Johor dan kacau hingga sebati.
  8. Rasa dulu dan jika belum cukup berperisa tambahkan gula/gula melaka dan garam secukup rasa.
  9. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
Bahan-bahan Ulam:

1 biji timun buang empulur dan hiris nipis
2 cawan taugeh buang ekor
1/2 cawan lobak asin dicincang
2 ulas bawang besar merah dimayang dan cincang halus
Daun kesum, daun selasih dihiris/mayang
5 biji limau kasturi belah 2.
Sambal belacan.

Cara-cara potong timun:

Timun buang kulit potong dua dan belah.
Buang empulur menggunakan sudu kecil.
Hiris sederhana tebal
Belah dua hirisan tadi, berhati2
supaya tak patah!!






Biar jadi macam ni sampai
ke hujung....
Tu dia..hasilnya yg kecik2 tu.....
NOTE:
  1. Rasa nak cuba buat laksa johor ni bila baca post disini Rima's Laksa Johor . So resepi ni I olah from the blog tu.
  2. Jenuh cari Laksa Johor instant paste tu, jumpa kat Giant Puchong...Ikan Brand!
  3. Cara potong timun tu, cara I ler.Not sure how johorian do it....ada caranya belum belajar!!!
  4. First time cuba, I jamu adik2 makan...sedaaap...Thanks Rima!

Friday, October 1, 2010

My Puding Trifle Pasang Siap

Ingredients:
1 pack of Caramel Classics White Wings brand or any brand of ready   made custard!
2 packs of Rasberry or Strawberry Kristal Jelly - I used Nona brand
1 block of Chocolate Cake or Kek gulung cokelat (1 roll) - Sliced
1 cup or less sweet corn - use the cream one!
1 cup of fruit cocktail - strained/ditos

Method:
  1. Susun sliced cakes in the bottom of the acuan. Tekan-tekan sikit.
  2. Tabur fruit cocktail evenly.Set aside.
  3. Prepare jelly by following the instructions on the box.
  4. Tuangkan jelly mixture slowly on to the sliced cakes and fruit cocktail so that the cakes tak timbul!.
  5. Set aside to harden and meanwhile prepare the caramel mixture as instructed adding the sweet corn at the end.
  6. Slowly spread the caramel custard on to the jelly.
NOTE:
  1. I made this during raya open house of my office, last year!.
  2. Alhamdulillah they liked it..

Now you see it.....
Now you don't......

My Black Pepper Seafood Pasta

Bahan-bahan:
2 packs of Perencah Berlada Hitam maggi mixed with 1 cup of water
1 pack of Mix Seafood - frozen (Jusco ada)
3-4 balls of sotong ball or prawn ball or fish ball (I used IBU brand) - dry blend
1 large onions - sliced or chooped ikut kerajinan!
1 cup of button mushrooms or Mixed veggie
1 teaspoon corn flour mixed with 1 cup of water
1 pack of pasta - any kind!
Olive oil to stir fry
Salt & Sugar to taste

Cara-cara:
  1. Boil water to cook the pasta. When cooked, angkat dan toskan
  2. In a wok, fry the slice onions then add the blended seafood balls.Agak2 ler berapa lama! 
  3. Add the black pepper paste, kacau and add corn flour mixture when the back pepper paste dah menggelegak.
  4. Add the seafood mixture and salt and sugar to taste.
  5. Ready to eat!!!!

Tuesday, July 6, 2010

My Udang Butter

Bahan-bahan:

1 kg udang putih sederhana besar
125g butter – suhu bilik
2 biji telur
1 cawan susu segar or Evaporated Milk
1 tangkai daun kari
10 biji cili api yang besar (kurang pedas) – dimayang nipis
1 sudu besar kunyit serbuk
Minyak sayuran utk menggoreng udang
Gula & garam secukupnya

Cara-caranya:
  1. Udang potong janggut sikit, dan belah belakang.Perap dengan 2 susu besar butter, serbuk kunyit dan garam.
  2. Telur dipukul dan masukkan 2 sudu besar susu dan garam secukupnya.
  3. Panaskan minyak secukupnya utk deep fry udang.
  4. Bila minyak cukup panas, gunakan sarang roti jala, masukkan ¼ dari telur tadi dalam sarang roti jala dan jalakan dlm minyak panas tu. Goreng sampai garing dan angkat. Buat seterusnya sampai telur habis.
  5. Dalam minyak yg sama, masukkan semua udang dan deep fry sampai garing, angkat dan ketepikan.
  6. Panaskan butter sampai cair, tumis daun kari dan cili yg telah dihiris.
  7. Masukkan susu, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan udang, then telur yg digoreng tadi dan gaul rata.

Tuesday, February 16, 2010

My Stim Ikan Kerapu ala Abah Mimie

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu sederhana besar – bersihkan dan kelar

Bahan A:
1 sudu teh serbuk lada berperisa (lada sulah/white pepper)
(Aji-Shio Flavoured Pepper– boleh beli kat Giant,Jusco,Tesco etc..)
(boleh juga guna serbuk lada putih biasa)
3 sudu teh marjerin
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu teh jus limau nipis

Bahan B:
1 inci halia muda
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 helai daun bawang

Bahan C:
1 biji tomato dipotong nipis.
1 sudu besar daun sup dan daun bawang yang dihiris
1 sudu besar bawang goreng

Cara-caranya:

  1. Sediakan kukusan/steamer
  2. Campurkan semua bahan A dan lumurkan pada seluruh ikan.Letakkan dalam pinggan bujur yang lekuk.Ketepikan.
  3. Bahan B dimayang halus- dipotong halus panjang-panjang mcm batang mancis anggaran 1 inci.
  4. Sumbatkan bahan B kedalam ikan, dan selebihnya tabur sekeliling dan atas ikan yg didlm pinggan bujur.
  5. Kukus ikan dan biarkan selama 15 minit.
  6. Bukak kukusan, atur hirisan tomato dikeliling ikan dan tabur bahan C. Jika mahu lebih sup, tambah air panas secukupnya dalam ikan.Kukus semula selama 1 - 2 minit.
  7. Angkat dan hidang panas-panas