Friday, December 3, 2010

My Mee Hoon Goreng Tom Yam

Taugeh, kucai, udang, sotong dan
hirisan tauhu goreng
Bahan-bahan:

1 paket Mee Hoon - I used Jasmin
1 cawan taugeh
1 cawan kucai yg dipotong - 1 inci
100gm udang
100gm sotong
2 keping tahu
2 helai daul limau purut - optional

Bahan Tumis;
Bawang merah+bawang putih tumbuk,
kiub tom yam knorr dan cili giling
5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
3 kiub tomyam knorr
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Rendam Mee Hoon dan gunting utk mudahkan goreng
  2. Gaul tauhu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  3. Udang dan sotong siang dan toskan.
  4. Goreng tahu dan hiris nipis bila sudah sejuk
  5. Tumbuk bawang merah dan bawang merah. Atau blend semua bahan tumis.
  6. Tumis semua campuran bahan tumis.
  7. Bila dah naik bau, masukkan sotong ,udang, segelas air dan daun limau purut
  8. Bila seafood dan masak masukkan gula, garam dan sos tiram - kacau.
Secukup rasa utk masukkan mee........
  1. Masukkan mee hoon yg telah diremdam dan digunting.Semasa menggaul, mudah jika menggunakan dua sudip!
  2. Bila sudah rata dan mee hoon dah lembut, masukkan tauhu, taugeh dan kucai.Gaul rata dan jangan terlalu lama.Bila rata tutup api atau angkat dan sedia utk dihidang!!

Sedia untuk dimakan..in this case untuk dibawa ker office..Jamuan Akhir tahun...

No comments:

Post a Comment