Tuesday, July 6, 2010

My Udang Butter

Bahan-bahan:

1 kg udang putih sederhana besar
125g butter – suhu bilik
2 biji telur
1 cawan susu segar or Evaporated Milk
1 tangkai daun kari
10 biji cili api yang besar (kurang pedas) – dimayang nipis
1 sudu besar kunyit serbuk
Minyak sayuran utk menggoreng udang
Gula & garam secukupnya

Cara-caranya:
  1. Udang potong janggut sikit, dan belah belakang.Perap dengan 2 susu besar butter, serbuk kunyit dan garam.
  2. Telur dipukul dan masukkan 2 sudu besar susu dan garam secukupnya.
  3. Panaskan minyak secukupnya utk deep fry udang.
  4. Bila minyak cukup panas, gunakan sarang roti jala, masukkan ¼ dari telur tadi dalam sarang roti jala dan jalakan dlm minyak panas tu. Goreng sampai garing dan angkat. Buat seterusnya sampai telur habis.
  5. Dalam minyak yg sama, masukkan semua udang dan deep fry sampai garing, angkat dan ketepikan.
  6. Panaskan butter sampai cair, tumis daun kari dan cili yg telah dihiris.
  7. Masukkan susu, garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan udang, then telur yg digoreng tadi dan gaul rata.

Tuesday, February 16, 2010

My Stim Ikan Kerapu ala Abah Mimie

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu sederhana besar – bersihkan dan kelar

Bahan A:
1 sudu teh serbuk lada berperisa (lada sulah/white pepper)
(Aji-Shio Flavoured Pepper– boleh beli kat Giant,Jusco,Tesco etc..)
(boleh juga guna serbuk lada putih biasa)
3 sudu teh marjerin
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu teh jus limau nipis

Bahan B:
1 inci halia muda
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 helai daun bawang

Bahan C:
1 biji tomato dipotong nipis.
1 sudu besar daun sup dan daun bawang yang dihiris
1 sudu besar bawang goreng

Cara-caranya:

  1. Sediakan kukusan/steamer
  2. Campurkan semua bahan A dan lumurkan pada seluruh ikan.Letakkan dalam pinggan bujur yang lekuk.Ketepikan.
  3. Bahan B dimayang halus- dipotong halus panjang-panjang mcm batang mancis anggaran 1 inci.
  4. Sumbatkan bahan B kedalam ikan, dan selebihnya tabur sekeliling dan atas ikan yg didlm pinggan bujur.
  5. Kukus ikan dan biarkan selama 15 minit.
  6. Bukak kukusan, atur hirisan tomato dikeliling ikan dan tabur bahan C. Jika mahu lebih sup, tambah air panas secukupnya dalam ikan.Kukus semula selama 1 - 2 minit.
  7. Angkat dan hidang panas-panas

Wednesday, October 21, 2009

My Mee Hoon Goreng Putih dan Sos Kicap











Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon – direndam dan potong2 utk senang menggoreng
Kucai atau sawi secukupnya potong kecil-kecil
1 ½ cawan taugeh dibersih buang ekor
2 cawan udang sederhana besar yang telah dibuang kulit dan kepala
1 cawan fish cake atau fish ball yang telah dipotong kecil2

Bahan dikisar/tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
1 sudu teh serbuk lada berperisa Aji-Shio (white pepper/lada sulah)
2 sudu teh serbuk stok ikan bilis
1 sudu teh serbuk stok ayam

Minyak masak utk menggoreng

Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi dimayang halus (guna cili padi yg hijau dan panjang)
½ cawan kicap cair (Maggi)
¼ cawan kicap lemak manis Habhal
Jus limau nipis
½ sudu teh serbuk lada berperisa Aji-Shio (white pepper/lada sulah)

Cara-cara goreng mee:  
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar sehingga garing.
  2. Masukkan udang dan fish cakes.Kacau rata sampai udang masak.Perlahankan api, masukkan mee dan kacau rata.Bila dah rata kuatkan api semula dan terus kacau sehingga masak.
  3. Masukkan taugeh dan kucai/sawi, kacau rata dlm 2-3 minit.Tutup api.
Cara-cara buat Sos Kicap:
  1. Kacau semua bahan sos kicap dalam mangkuk hingga sebati.
NOTE:
  1. Mee hoon ni dimakan dengan sos kicap jadi tak perlu digoreng masin sangat. Masin stok ikan bilis dan ayam sudah cukup dan tak perlu ditambah garam.
  2. Cili padi utk sos kicap boleh tambah jika suka pedas dan lagi sedap jika dibuat lebih awal agar cili terendam lama dalam kicap.
  3. Resepi Sos Kicap ini sesuai juga utk makan ikan bakar.