Wednesday, October 21, 2009

My Mee Hoon Goreng Putih dan Sos Kicap











Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon – direndam dan potong2 utk senang menggoreng
Kucai atau sawi secukupnya potong kecil-kecil
1 ½ cawan taugeh dibersih buang ekor
2 cawan udang sederhana besar yang telah dibuang kulit dan kepala
1 cawan fish cake atau fish ball yang telah dipotong kecil2

Bahan dikisar/tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
1 sudu teh serbuk lada berperisa Aji-Shio (white pepper/lada sulah)
2 sudu teh serbuk stok ikan bilis
1 sudu teh serbuk stok ayam

Minyak masak utk menggoreng

Bahan Sos Kicap:
15 biji cili padi dimayang halus (guna cili padi yg hijau dan panjang)
½ cawan kicap cair (Maggi)
¼ cawan kicap lemak manis Habhal
Jus limau nipis
½ sudu teh serbuk lada berperisa Aji-Shio (white pepper/lada sulah)

Cara-cara goreng mee:  
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar sehingga garing.
  2. Masukkan udang dan fish cakes.Kacau rata sampai udang masak.Perlahankan api, masukkan mee dan kacau rata.Bila dah rata kuatkan api semula dan terus kacau sehingga masak.
  3. Masukkan taugeh dan kucai/sawi, kacau rata dlm 2-3 minit.Tutup api.
Cara-cara buat Sos Kicap:
  1. Kacau semua bahan sos kicap dalam mangkuk hingga sebati.
NOTE:
  1. Mee hoon ni dimakan dengan sos kicap jadi tak perlu digoreng masin sangat. Masin stok ikan bilis dan ayam sudah cukup dan tak perlu ditambah garam.
  2. Cili padi utk sos kicap boleh tambah jika suka pedas dan lagi sedap jika dibuat lebih awal agar cili terendam lama dalam kicap.
  3. Resepi Sos Kicap ini sesuai juga utk makan ikan bakar.

My Spaghetti - Chicken Frank

My pasta plate filled with My Chicken Frank Sphagetti !!
(I luv this plate, I purposely bought DOLMIO to get this plate!!!)
Bahan-bahan:
1 bungkus spaghetti (500g) direbus dgn sedikit garam tos dan gaulkan dengan minyak zaiton
1 botol pasta sauce DOLMIO/PREGO (yang berukuran 6 inci tinggi tu)
5 - 8 batang chicken frankfutter dihiris nipis-nipis (bulat)
1 - 2 cawan chicken frankfutter yg dikisar halus (utk jadikan ayam cincang)

Blended chicken frank - sliced chicken frank
4 sudu makan pes cili kering/cili boh
1 labu bawang besar dicincang halus
1 kiub stok ayam
1 sudu teh serbuk lada berperisa (white pepper)
½ cawan makan chilli sauce
1 cawan frozen mixed vegetables

Minyak masak utk menggoreng
Minyak zaiton utk menumis

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak masak dan goreng chicken frank yg telah dihiris hingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaiton dalam periuk dan tumis cili kering hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar cincang, kacau dlm 1-2 minit.
  4. Masukkan ayam cincang dan kacau dan masak sehingga ayam masak.
  5. Masukkan pasta sauce, cili sauce dan stok ayam dan sukat air menggunakan botol pasta 1 botol dam masukkan dalam periuk.Kacau dan masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan mixed vegi and fried kepingan chicken frank dan kacau selama 1 minit dan angkat.
NOTE:
  1. This is a different kind of spagheti sauce sebab ada kepingan chicken frank. A favourite among my colleague when I made this for our office pot luck raya gathering.
  2. Easy since it uses ready made sphagetti sauce.

Friday, October 2, 2009

My Macadamia Choc Chip Cookies

Bahan-bahan:

Bahan A
1 ½ cawan tepung naik sendiri
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda
1 cawan NESTUM
1 cawan semi-sweet chocolate chips (preferably Hershey’s)
1 cawan macadamia cincang

Bahan B
150g butter/marjerin
(if using marjerin use Marjerin Seri – dalam bentuk kiub macam butter boleh dapat kat Giant)
150g gula perang halus
1 biji telur
1 sudu teh Vanila essence

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven ke suhu 175°C.
  2. Campur dan gaul rata bahan A ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain krimkan butter/marjerin dengan gula sehingga ringan dan fluffy.
  4. Masukkan telur dan esen/jus dan pukul rata.Off kan mixer.
  5. Masukkan bahan A dan kaup dan balikkan dengan senduk kayu sehingga rata.
  6. Sudukan 1 sudu teh ke dalam dulang pembakar yang telah digreasekan.Jarakkan.
  7. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga golden brown
NOTE :
  1. This is an award winning recipe among my family and office mate. Bila buat with cousins dan anak buah, biasanya bila siap yang tingal separuh jer.Really recommended..sedaaap!!!
  2. Untuk membuat Delicious Macadamia Orange Choc Chip Cookies add kulit oren of 1 orange to bahan A and replace Vanilla essence with orange essence.
  3. Utk senang dibentuk simpan doh dlm peti sejuk dan ambik sikit-sikit bila hendak dibentuk.
  4. Macadamia boleh juga digantikan dengan Pecan. Only these two nuts work well with the recipe.

My NESTUM Melting Moments

Bahan-bahan:

Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
½ cawan NESTUM

Bahan B
125g butter/marjerin
1/3 cawan gula perang halus
1 biji telur saiz A

Bahan C
¾ cawan NESTUM untuk coating
Sliced red and green cheries (slice panjang2)

Cara-caranya:
  1. Panaskan oven ke suhu 180°C.
  2. Campur dan gaul rata bahan A ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain krimkan butter/marjerin dengan gula sehingga ringan dan fluffy.
  4. Masukkan bahan A dan kaup dan balikkan dengan senduk kayu sehingga rata.
  5. Sudukan 1 sudu teh doh dan ‘Roll’ kan bebola ke dalam NESTUM cereal dari bahan C dan
    flatten slightly.
  6. Aturkan dalam dulang pembakar yang telah digreasekan dan hiaskan dengan ceri hijau dan merah.Jarakkan.
  7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga golden brown
NOTE :
  1. This is another award winning recipe among my family and office mate, kurang manis and
    that’s why the cherries tu potong besar2 sikit.