2 keping tahu dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit – perap dalam 10 minit.
Minyak utk menggoreng
Bahan Sos Kicap:
3 biji cili padi (guna cili padi yg hijau dan panjang)
1 biji cili hijau
3 biji bawang merah (boleh juga guna bawang besar)
2 sudu besar kicap cair (Maggi)
½ cawan kicap lemak manis Habhal
Jus limau nipis
½ sudu teh serbuk lada berperisa Aji-Shio (white pepper/lada sulah)
Cara-cara:
- Mayang cili dan bawang halus-halus dan masukkan dalam mangkuk.
- Masukkan bahan sos kicap yang lain dan kacau rata.Ketepikan
- Goreng tahu sehingga garing.
- Bila sudah agak sejuk, hiris tauhu nipis-nipis dan masukkan dalam mangkuk yang berisi sos kicap tadi.Kacau rata.
- Sedia untuk dimakan.
- Jika tak suka pedas kurangkan cili padi.
- Resepi ringkas ini sesuai utk orang yang gemarkan kicap.Walaupun ringkas tapi sedap dan menyelerakan bila dimakn dengan nasi panas.
No comments:
Post a Comment