Wednesday, June 17, 2009

My Nasi Sos Tomato

Bahan-bahan:
¼ cawan minyak utk menumis

Bahan A2 labu bawang besar di cincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus
4 cm kayu manis
3 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga (crushed)

Bahan B
500g beras basmathi basuh dan toskan
3 cawan air
1/3 cawan sos tomato
Garam secukup rasa

Bahan C
¼ cawan bawang goreng
1 tomato dihiris
Mint leaves

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga naik bau.
2. Masukkan beras yg telah ditos dan kacau sehingga rata.
3. Angkat dan masukkan dalam rice cooker.
4. Masukkan air, sos tomato dan garam dan masak nasi sehingga masak.
5. Kacau nasi denga garpu to fluff the rice.
6. Hiaskan dengan bawang goreng , tomato hiris dan daun mint.

Nota : Resepi ni cik ngah ambik dari Malaysian Women Weekly magazine. Dah cuba dan menjadi dan lazat so jadi koleksi resepi cik ngah...

No comments:

Post a Comment