Tuesday, June 23, 2009

My Tahu Goreng Sos Kicap

Bahan-bahan:
2 keping tahu dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit – perap dalam 10 minit.
Minyak utk menggoreng

Bahan Sos Kicap:
3 biji cili padi (guna cili padi yg hijau dan panjang)
1 biji cili hijau
3 biji bawang merah (boleh juga guna bawang besar)
2 sudu besar kicap cair (Maggi)
½ cawan kicap lemak manis Habhal
Jus limau nipis
½ sudu teh serbuk lada berperisa Aji-Shio (white pepper/lada sulah)

Cara-cara:
  1. Mayang cili dan bawang halus-halus dan masukkan dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan sos kicap yang lain dan kacau rata.Ketepikan
  3. Goreng tahu sehingga garing.
  4. Bila sudah agak sejuk, hiris tauhu nipis-nipis dan masukkan dalam mangkuk yang berisi sos kicap tadi.Kacau rata.
  5. Sedia untuk dimakan.
Nota:
  1. Jika tak suka pedas kurangkan cili padi.
  2. Resepi ringkas ini sesuai utk orang yang gemarkan kicap.Walaupun ringkas tapi sedap dan menyelerakan bila dimakn dengan nasi panas.

My Fried European Herbed Asparagus

Bahan-bahan:

2 cawan Fresh Asparagus yg telah dipotong kecil-kecil (1 inci)
½ labu bawang besar di cincang
1 sudu teh Parsley Flakes dan ½ sudu teh Basil Leaves
(McCormic or MasterFood - boleh beli kat Giant,Jusco,Tesco etc..)
1 sudu teh rata serbuk lada hitam berperisa
(Aji-Shio – boleh beli kat Giant,Jusco,Tesco etc..)
(boleh juga guna serbuk lada hitam biasa)
2 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Panas dan cairkan marjerin, tumis parsley,basil,lada hitam dan bawang besar.
  2. Masukkan asparagus dan goreng hingga masak.Masukkan garam secukup rasa.

Wednesday, June 17, 2009

My Nasi Sos Tomato

Bahan-bahan:
¼ cawan minyak utk menumis

Bahan A2 labu bawang besar di cincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus
4 cm kayu manis
3 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga (crushed)

Bahan B
500g beras basmathi basuh dan toskan
3 cawan air
1/3 cawan sos tomato
Garam secukup rasa

Bahan C
¼ cawan bawang goreng
1 tomato dihiris
Mint leaves

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A sehingga naik bau.
2. Masukkan beras yg telah ditos dan kacau sehingga rata.
3. Angkat dan masukkan dalam rice cooker.
4. Masukkan air, sos tomato dan garam dan masak nasi sehingga masak.
5. Kacau nasi denga garpu to fluff the rice.
6. Hiaskan dengan bawang goreng , tomato hiris dan daun mint.

Nota : Resepi ni cik ngah ambik dari Malaysian Women Weekly magazine. Dah cuba dan menjadi dan lazat so jadi koleksi resepi cik ngah...

Monday, June 15, 2009

My Ayam Masak Jintan

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil, bersihkan dan tos

Bahan A:
2 sudu teh garam halus
Sedikit halia
1 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu makan sos tiram

Minyak masak utk menggoreng

Bahan B:
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 sudu makan lada hitam- ditumbuk
½ sudu besar serbuk jintan manis
½ sudu besar serbuk jintan putih
2 batang serai dipotong kecil
10 biji cili kering dibuang biji, potong kecil,rebus dan toskan
1 sudu besar serbuk stok ayam atau 1 ketul kiub stok ayam
½ sudu teh gula (optional)

5 sudu makan minyak masak utk menumis.

Cara-caranya:
  1. Bahan A dicamour dan gaulkan dengan ayam dan perap lebih kurang 1/2 jam.
  2. Bahan B dikisar dalam blender dengan sedikit air.
  3. Panaskan minyak dan deep-fry ayam yang telah diperap.
  4. Panaskan minyak utk menumis dan tumis bahan B sehingga naik bau atau sampai garing.
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  6. Masukkan garam secukupnya jika perlu.Rasa dahulu sebab biasanya stok ayam tu dah cukup masin.
Nota : Cik Ngah belajar ni masa study kat UK dulu. Kawan Cik Ngah SN yang ajar.Dia masakkan lauk ni masa Cik Ngah pegi melawat dia kat Manchester. Tahun berapa tak ingat..

Thursday, June 4, 2009

My Italian Grilled Chicken Wing

Bahan-bahan:

500g kepak ayam (part lain pun boleh tapi kena tukar nama resepi)
1/3 cawan minyak zaitun/minyak sayuran
3 sudu makan cuka or jus limau nipis
1 sudu teh Italian Seasoning/Italian Herbs *
(McCormic/Masterfood - boleh beli kat Giant,Jusco,Tesco etc..)
1 sudu teh serbuk bawang putih * atau 3 ulas bawang putih ditumbuk halus.
¼ sudu teh serbuk lada hitam*
2 sudu teh serbuk cili*/pes cili kering
½ sudu teh serbuk jintan*
½ sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Masukkan kepak ayam dalam plastic/bekas yang boleh ditutup.(Boleh guna bekas Tupperware or zipped-plastic bag).
  2. Masuk semua bahan ke dalam bekas ayam dan goncang utk ‘coat’ ayam dgn rata.Atau pun gaul guna tangan.
  3. Tutup bekas atau ‘sealed’ beg plastic dan masukkan dalam peti sejuk. Biar selama 3 jam atau utk lebih sedap 1 mlm.
  4. Grill sehingga ayam kekuningan atau masak.
NOTE:
  1. Cara yang paling mudah ialah semua bahan * menggunakan McCormic/Masterfood. Jadi masa nak prepare tu tabur-tabur jer bahan-bahan tu ke dalam ayam.
  2. The chicken taste so wonderful and moist.The secret is the oil and marinated in a close container or zipped plastic bag.
  3. With this easy recipe you don’t have to be a good cook to produce a mouth watering and finger licking good grilled chicken that taste different.