Monday, November 29, 2010

My Pekasam Ikan

Ikan digaul ngan Garam
Bahan-bahan:
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya,
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara-caranya:
  1. Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan 1/2 garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
  2. Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
  3. Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
  4. Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
  5. Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
  6. Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.
  7. Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.
  8. Beras digoreng tanpa minyak
  9. *Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
NOTE:
I did the Pekasam with ikan kembung yg kecik2. A lot of pekasam in the market uses ikan air tawar and Cik Ngah kurang gemar sikit. So goggle the recipe, and Cik ngah tak ingat jumpa kat mana! Copy the recipe then try dulu! Semalam, Cik Nun cuba try test goreng..semua kata ok so here is the recipe!!!!

I like the way one of the blogger cook ikan pekasam ni, try this :

Ikan Pekasam Goreng Petai - Rima's Way

Update: 04/12/00

I did one more batch of ikan pekasam using ikan gelama. I think for pekasam, ikan gelama is good! Much-much better....

Ikan Gelama - Perap ngan garam dulu..I used garam bukit.


Pekasam siap utk perapan dgn beras goreng....


2 comments:

  1. terjumpa blog awak masa cari info pasal pekasam ikan temenung. ingatkan takde yang try. hihih.

    bukananaktokey.blogspot.com

    ReplyDelete