Friday, December 3, 2010

My Mee Hoon Goreng Tom Yam

Taugeh, kucai, udang, sotong dan
hirisan tauhu goreng
Bahan-bahan:

1 paket Mee Hoon - I used Jasmin
1 cawan taugeh
1 cawan kucai yg dipotong - 1 inci
100gm udang
100gm sotong
2 keping tahu
2 helai daul limau purut - optional

Bahan Tumis;
Bawang merah+bawang putih tumbuk,
kiub tom yam knorr dan cili giling
5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
3 kiub tomyam knorr
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Rendam Mee Hoon dan gunting utk mudahkan goreng
  2. Gaul tauhu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  3. Udang dan sotong siang dan toskan.
  4. Goreng tahu dan hiris nipis bila sudah sejuk
  5. Tumbuk bawang merah dan bawang merah. Atau blend semua bahan tumis.
  6. Tumis semua campuran bahan tumis.
  7. Bila dah naik bau, masukkan sotong ,udang, segelas air dan daun limau purut
  8. Bila seafood dan masak masukkan gula, garam dan sos tiram - kacau.
Secukup rasa utk masukkan mee........
  1. Masukkan mee hoon yg telah diremdam dan digunting.Semasa menggaul, mudah jika menggunakan dua sudip!
  2. Bila sudah rata dan mee hoon dah lembut, masukkan tauhu, taugeh dan kucai.Gaul rata dan jangan terlalu lama.Bila rata tutup api atau angkat dan sedia utk dihidang!!

Sedia untuk dimakan..in this case untuk dibawa ker office..Jamuan Akhir tahun...

My Cucur Udang Pasang Siap

Cucur bawang Adabi..
Bahan-Bahan:
2 packet Cucur Bawang Adabi
1 cawan kecil isi udang
3 biji cili merah/hjiau/cili kering dimayang halus
(jika guna cili kering - gunting dan rendam air panas dulu)
1/2 cawan Daun Sup dan Daun Bawang di mayang halus
1 cawan taugeh
500ml air - 2 gelas


Left isi udang....right taugeh+daun bawang+daun sup+cili hijau

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan basah dalam mangkuk.Gaul rata.
  2. Masukkan tepung Cucur Bawang, air dan gaul rata.
  3. Goreng cucur, besar-besar jika nak cepat, nak makan kena hiris ler baru sedap.
  4. Goreng kecil-kecil macam cekodok jika ada masa.
Adunan Cucur Udang Pasang Siap dan siap!!!!
Digoreng besar2, nak cepat!!!


Cucur dan siap dihiris...Sedia untuk dimakan dengan sos cili! yang dimodified!!!
NOTE :
Utk sos, campur sos cili thai dan sos tomato dan cili giling, campur air dan didihkan, tambah garam, gula dan cuka secukup rasa.

Monday, November 29, 2010

My Pekasam Ikan

Ikan digaul ngan Garam
Bahan-bahan:
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya,
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara-caranya:
  1. Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan 1/2 garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
  2. Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.
  3. Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.
  4. Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)
  5. Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.
  6. Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.
  7. Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.
  8. Beras digoreng tanpa minyak
  9. *Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.
NOTE:
I did the Pekasam with ikan kembung yg kecik2. A lot of pekasam in the market uses ikan air tawar and Cik Ngah kurang gemar sikit. So goggle the recipe, and Cik ngah tak ingat jumpa kat mana! Copy the recipe then try dulu! Semalam, Cik Nun cuba try test goreng..semua kata ok so here is the recipe!!!!

I like the way one of the blogger cook ikan pekasam ni, try this :

Ikan Pekasam Goreng Petai - Rima's Way

Update: 04/12/00

I did one more batch of ikan pekasam using ikan gelama. I think for pekasam, ikan gelama is good! Much-much better....

Ikan Gelama - Perap ngan garam dulu..I used garam bukit.


Pekasam siap utk perapan dgn beras goreng....