Thursday, December 23, 2010

My Ikan Tenggiri Goreng Minyak Cili Padi

Bahan-bahannya;

Ikan Tenggiri Goreng Minyak Cili Padi.....
2 keping ikan tenggiri diperap ngan garam dan kunyit.
1 batang serai
10 biji cili padi
(I used the big one- kurang pedas)
Sedikit kunyit hidup.
1 sudu teh gula
1/2 kiub ikan bilis
(or 1 sudu teh serbuk stok ikan bilis)
3 sudu besar minyak zaitun - use mild type yg sesuai utk menumis.
Minyak utk goreng ikan.

Cara-caranya;
  1. Ikan tenggiri yang dah diperap, digoreng hingga masak/garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Cili padi, kunyit dan serai yg dah ditumbuk...
  3. Cili padi, kunyit hidup dan serai ditumbuk.
  4. Tumis bahan yg ditumbuk dengan menggunakan minyak zaitun.
  5. Bila dah agak garing, masukkan gula dan kiub ikan bilis. Kacau rata dan matikan api. Cili cepat hangus bila gula dah dimasukkan.
  6. Curah cili tumis dengan minyaknya sekali ke atas ikan tenggiri goreng.
  7. Sedia untuk dimakan.

Tumis bahan tumbuk dengan minyak zaitun....

Cili garing setelah dimasukkan gula....

Thursday, December 9, 2010

My Sambal Goreng Hijau

Bahan-bahannya;
 
Sambal Goreng Hijau - sedap makan ngan celur pucuk ubi
5 - 7 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
1 labu bawang besar - sederhana besar
1/2 cawan ikan bilis yg sudah dikopek
1 sudu teh serbuk belacan maggi
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar perahan limau nipis
3 susu besar minyak zaitun utk menggoreng

Cara-caranya;
  1. Cili padi, cili hijau, bawang yg telah dibuang kulit di basuh dan toskan.
  2. Ikan bilis di basuh dan toskan
  3. Cili padi dibuang tangkai, cili hijau dipotong 2 atau 3 dan bawang besar dimayang.
  4. Panaskan minyak dan goreng cili padi, cili hijau, hirisan bawang dan ikan bilis sehingga cili dan bawang layu.
  5. Angkat dan tumbuk semua bahan yg digoreng - ikan bilis tidak perlu lumat.
  6. Masukkan gula, garam, dan belacan semasa proses menumbuk
  7. Akhir sekali masukkan perahan limau nipis dan lebihan minyak menggoreng tadi dan gaul rata
NOTE:

I always like this sambal when eating at Restoran Padang or Selero Negeri. It is usually serve with celur pucuk ubi. Also great with ayam kampung goreng. Always wonder how this sambal is made and one day my sister OneHasrina made this sambal and said that this is new recipe from her sister in law.

Oh yes, this is the sambal like the one from the Selero Negeri! So now I know how to made sambal ijo!!!!

Friday, December 3, 2010

My Mee Hoon Goreng Tom Yam

Taugeh, kucai, udang, sotong dan
hirisan tauhu goreng
Bahan-bahan:

1 paket Mee Hoon - I used Jasmin
1 cawan taugeh
1 cawan kucai yg dipotong - 1 inci
100gm udang
100gm sotong
2 keping tahu
2 helai daul limau purut - optional

Bahan Tumis;
Bawang merah+bawang putih tumbuk,
kiub tom yam knorr dan cili giling
5 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
3 kiub tomyam knorr
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Rendam Mee Hoon dan gunting utk mudahkan goreng
  2. Gaul tauhu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  3. Udang dan sotong siang dan toskan.
  4. Goreng tahu dan hiris nipis bila sudah sejuk
  5. Tumbuk bawang merah dan bawang merah. Atau blend semua bahan tumis.
  6. Tumis semua campuran bahan tumis.
  7. Bila dah naik bau, masukkan sotong ,udang, segelas air dan daun limau purut
  8. Bila seafood dan masak masukkan gula, garam dan sos tiram - kacau.
Secukup rasa utk masukkan mee........
  1. Masukkan mee hoon yg telah diremdam dan digunting.Semasa menggaul, mudah jika menggunakan dua sudip!
  2. Bila sudah rata dan mee hoon dah lembut, masukkan tauhu, taugeh dan kucai.Gaul rata dan jangan terlalu lama.Bila rata tutup api atau angkat dan sedia utk dihidang!!

Sedia untuk dimakan..in this case untuk dibawa ker office..Jamuan Akhir tahun...

My Cucur Udang Pasang Siap

Cucur bawang Adabi..
Bahan-Bahan:
2 packet Cucur Bawang Adabi
1 cawan kecil isi udang
3 biji cili merah/hjiau/cili kering dimayang halus
(jika guna cili kering - gunting dan rendam air panas dulu)
1/2 cawan Daun Sup dan Daun Bawang di mayang halus
1 cawan taugeh
500ml air - 2 gelas


Left isi udang....right taugeh+daun bawang+daun sup+cili hijau

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan basah dalam mangkuk.Gaul rata.
  2. Masukkan tepung Cucur Bawang, air dan gaul rata.
  3. Goreng cucur, besar-besar jika nak cepat, nak makan kena hiris ler baru sedap.
  4. Goreng kecil-kecil macam cekodok jika ada masa.
Adunan Cucur Udang Pasang Siap dan siap!!!!
Digoreng besar2, nak cepat!!!


Cucur dan siap dihiris...Sedia untuk dimakan dengan sos cili! yang dimodified!!!
NOTE :
Utk sos, campur sos cili thai dan sos tomato dan cili giling, campur air dan didihkan, tambah garam, gula dan cuka secukup rasa.