Wednesday, December 14, 2011

My Kek Puding Karamel

My Berries Caramel Cake......3rd try!!!1 At Last
Cik ngah dah lama simpan resepi kek ini. Nampak cantik, tu yang nak buat.Tapi tak pernah rasa! Anyway, raya haji hari tu dapat merasa kat rumah mak sedara, menantu dia order. Sedap rupanya kek ni sebab kek dia tak manis. 


One fine day, Cik Ngah cubalah, first time tak jadi, sebab karamel dia tak masak dan Cik Ngah tak der loyang yang sesuai. 2nd time, dah beli loyang dan loyang besar utuk isi air, buat lagi. Kali ni jadi sikit tapi karemel masih lembik! Dan never to use almond essence! Tak sedap..


So 3rd try, Cik Ngah tambah telur dan custard pada puding. Alhamdulillah, akhirnya menjadi My Berries Caramel Cake!!!! Nanti Cik Ngah nak cuba buat cokelat, orange and keladi pandan.
Bahan-bahan: 
(A) Karamel
2-3 sudu besar gula

  1. Tabur rata dlm loyang 
  2. Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. 
  3. Ketepikan.
(B) Puding
1/3 cwn susu pekat manis/kreamer
1/3 cwn air

½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur + 
1 biji telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung
  1. Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan atau boleh dikisar sekaligus. Ketepikan
  2. Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.
(C) Kek
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik

  1. Ayak tepung dan serbuk penaik.
  2. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. 
  3. Masukkan gula, pukul hingga kembang. 
  4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung secara kaup dan balik.
(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh cream of tartar

Secubit garam
  1. Pukul putih telur hingga 'soft peak'.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus pukul sampai habis
  3. Masukkan Garam dan cream of tartar -
  4. Pukul hingga bertanduk 'hard peak'. (diterbalikkan adunan tidak jatuh)
Cara penyediaan:
2nd try, puding lembik!!
  1. Tuangkan air mendidih ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek.
  2. Masuk dalam oven dan panaskan oven 180 C.
  3. Tuang bahan B ke atas bahan A.
  4. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. 
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian (boleh lebih kalau nak buat lebih dari 3 warna/perisa)
  6. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. 
  7. Kemudian tuang ke dalam loyang berisi puding dan karamel secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.
  8. 2nd try....
    • Masukkan 2 senduk warna 1 ditengah loyang (puding)
    • Masukkan 2 senduk warna 2, ditengah adunan warna 1.
    • Masukkan 2 senduk warna 3 ditengah adunan warna 2.
    • Ulang langkah diatas dan kurangkan sukatan adunan sedikit demi sedikit.
  9. Turunkan suhu oven ker 160-150 C. dan masukkan loyang kek ke dalam loyang berisi air tadi.
  10. Gunakan rak paling bawah dan bakar selama 1-1.5 jam.
  11. Setelah masak, tutup switch oven dan biar kek sejuk dalam oven yang terbuka sedikit sehingga kek lekang dengan sendiri dari loyang. 
  12. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.
  13. Sedap dihidang sejuk.      
Perfect Karamel!!!!
Perfect Design .... for me lah! he he he
Pink-Strawberry, Violet-Blueberry, White-Vanilla