1 ekor ikan kerapu sederhana besar – bersihkan dan kelar
Bahan A:
1 sudu teh serbuk lada berperisa (lada sulah/white pepper)
(Aji-Shio Flavoured Pepper– boleh beli kat Giant,Jusco,Tesco etc..)
(boleh juga guna serbuk lada putih biasa)
3 sudu teh marjerin
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu teh jus limau nipis
Bahan B:
1 inci halia muda
1 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 helai daun bawang
Bahan C:
1 biji tomato dipotong nipis.
1 sudu besar daun sup dan daun bawang yang dihiris
1 sudu besar bawang goreng
Cara-caranya:
- Sediakan kukusan/steamer
- Campurkan semua bahan A dan lumurkan pada seluruh ikan.Letakkan dalam pinggan bujur yang lekuk.Ketepikan.
- Bahan B dimayang halus- dipotong halus panjang-panjang mcm batang mancis anggaran 1 inci.
- Sumbatkan bahan B kedalam ikan, dan selebihnya tabur sekeliling dan atas ikan yg didlm pinggan bujur.
- Kukus ikan dan biarkan selama 15 minit.
- Bukak kukusan, atur hirisan tomato dikeliling ikan dan tabur bahan C. Jika mahu lebih sup, tambah air panas secukupnya dalam ikan.Kukus semula selama 1 - 2 minit.
- Angkat dan hidang panas-panas