Friday, August 23, 2013

My Dijon Mustard

My Dijon Mustard......
Cik Ngah start to like mustard because of Subway. Sedapnya, Subway sandwich!!! Then news broke that the Halal certificate poses by Subway is not recognized in Malaysia and Subway restaurants has been asked to put out the Halal sign. So at that time, since the Halal issues still not resolved, Cik Ngah decided to make home made Subway style sandwiches. Bawak bekal pi office!!!

One thing that Cik Ngah cannot find is Msutard with Halal sign, especially Dijon Mustard.. Apa lagi, Mr Google ler.... Found this recipe and made Dijon Mustard... The recipe calls for dry white wine, Cik Ngah replace with white grape juice. 

This post has been sitting in the draft for almost a year now... Cik Ngah could not find the picture that Cik Ngah took. This is 2nd time Cik Ngah made this sauce. This prepared Mustard can be used to make all kind of sauce... All American BBQ sauce etc... The recipe;

Ingredients:


2 cups white grape juice (to replace dry white wine)
1 large onion, chopped
3 garlic cloves, minced
1 cup mustard powder (4 oz)
3 tablespoons honey
1 tablespoon olive oil  
2 teaspoons salt

Directions:
  1. In a non-stick saucepan combine the wine, onion and garlic; heat to boiling, simmer 5 minutes.
  2. Cool, and discard solids.
  3. Add the dry mustard to the cooked liquid, stirring constantly until smooth.
  4. Blend in honey, oil and salt; heat slowly until thickened (keep nose away; fumes are strong!), stirring constantly.
  5. Pour into a glass jar; cool, let sit on counter at room temperature overnight.
  6. Refrigerate for 2-8 weeks to age flavor before using.


Tuesday, August 20, 2013

My Nasi Tomato Berserai

Tetamu menikmati juadah Nasi Tomato Berserai Cin Ngah..... First Release
(Kesibukan membuat Cik Ngah tak sempat ambil gambar Nasi dan Ayam Masak Merah....)
Sempena Aidi Fitri, Cik Ngah bermesyuarah ngan adik2 nak masak apa? Selalunya we cooked dishes like (nasi impit, kuah lodeh, rendang), Soto, Laksa Johor. Adik2 semua cakap tak kisah.. Haish, payah ni. Then Cik Ngah suarakan gundah gulana Cik Ngah kat officemates, one of them suggest Nasi Tomato.. Hemmm ok jugak tu, sebab tak pernah buat pun masa raya.

Previously Cik Ngah had made Nasi Tomato with recipe from Malaysian Women Weekly magazine. The recipe is here. Senang dan sedap resipi tu. But for this raya, Cik Ngah nak try resepi lain, juga menggunakan sos tomato maggi...'

Upon googling, Cik Ngah found this recipe; Nasi Tomato Berserai.  Rasa macam best jer, so Cik Ngah set to make Nasi Tomato Berserai. We made Nasi Tomato on 2nd raya as 1st raya we made Nasi Dagang. Pak Cik tempah Nasi Dagang ngan Mak on 1st raya. Walaupun dah lama Mak tak mengerjakan Nasi dagang ni, buatlah jugak. We all bergotong royong buat.

Alhamdulillah both turned out ok, Nasi Dagang and Nasi Tomato. Nasi tomato tersangat laku, sampai kena masak 3 kali nasinya dan Ayam Masak Merah, 2 kali. Alhamdulillah CIk Ngah happy walaupun tersangat penat...

Recipe dibawah ni versi Cik Ngah;

Nasi Tomato Berserai

Bahan A:
500g beras basmathi  - cuci dan rendam selama 1-2 jam
4 sudu makan butter/marjerin ( Cik Ngah tak suka minyak sapi...)

Bahan B:
2 labu bawang besar di cincang halus
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 cm halia dicincang halus
4 cm kayu manis
3 kuntum cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga (crushed)
2 batang serai dititik.

Bahan C:
1 cawan Sos Tomato Maggi
1 cawan  susu cair
2 sudu makan yogurt asli
2 cawan air - secukupnya depend pada jenis beras yg digunakan
3 sudu makan Stok Ayam Pekat Maggi

Bahan D:
1/2 cawan kismis
1 cawan kacang gajus goreng

Cara.
  1. Panaskan butter/marjarine dalam kuali dan tumis bahan B sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan C dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras yg telah ditos dan kacau sehingga rata
  4. Angkat dan masukkan dalam rice cooker
  5. Masak sehingga nasi masak.
  6. Tabur kismis dan gajus goreng dan kacau nasi dengan garfu to fluff the rice.
    Tetamu senja menimati Nasi Tomato 2nd Release.....
Ayam Masak Merah

Bahan A:
12 keping daging ayam
1 sudu makan Perapan Garam Kunyit

Bahan B : kisar
1 batang serai
4 cm lengkuas
1/2 cawan cili kering kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 cm halia

Bahan C:
3 sudu besar madu 
1 cawan Sos Tomato Maggi
1 cawan Sos Cili Maggi
2 sudu makan Sos Perisa Tiram Maggi
1 cawan air
1 kiub stock ayam maggi 

Bahan D:
1 cawan kacang peas
Garam secukup rasa.

Cara:
  1. Gaulkan daging ayam dengan Perapan Garam Kunyit dan perap selama 1/2 - 1 jam
  2. Goreng ayam hingga masak.
  3. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
  6. Rasa dan jika kurang masin, boleh masukkan garam secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan kacang peas.
  8. Tutup api dapur dan angkat.